p/s pengalaman yang diongsikan mungkin akan sama atau mungkin akan berbeza dari apa yang korang akan hadapi but it might also some of it will help you being through that.but please jangan 100% bergantung kepada posting ini okey😇
Assalamualaikum w.b.t jamaah........ alhamdulillah haha.
Hi korang wat pew tu.tengah wat preparetion temuduga pinjaman pendidikan selangor ka.???ehem😏😆 wokay let me share something to help u guys face with that.
Temuduga dijalankan di Ballroom Dewan Jubli Perak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor(Suk Selangor),40503 Shah Alam ,Selangor
Sebelum kita mula,berikut merupakan prosedur mendapatkan pinjaman pendidikan selangor(bagi yang belum tahu):
1)Prosuder awal macam biasalakan korang buat permohonan secara atas talian dekat http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/.
2)Senarai pendekan melalui proses temuduga.(pelajar)
3)Bagi yang berjaya proses temuduga anda akan dipanggil untuk ke pejabat suk untuk ambil surat tawaran dan dokumen perjanjian yang perlu diisi nanti(wakil/pelajar)
4)proses penyerahan surat tawaran an dokumen perjanjian(wakil/pelajar)
Fokus posting kali ni adalah tentang fasa ke 2 iaitu proses temuduga.
.step by step.Pasal pengangkutan.Kami pergi dengan kakak senior dia bawakkan terima kasih sangat allah permudahkan jalan kami ke sana.sampai je at dewan tu.Kami masuk dewan tersergam indah.Apa yang saya lihat,tak ramai yang hadir ke temu duga dibandingkan dengan program pinjaman/biasiswa yang lain.em kenapa ya sebab ramai tak lepas atau temuduga seterusnya dibuat pada hari lain.ahh x kisahlah aku pun meneruskan perjalan ke kaunter.
"Sila check nama anda di kaunter sebelah"seru lelaki yang bertugas itu eh eh baku pulak tetiba ayat aku ni.so pegi check nama under ukm and terus dapat no giliran serta panel no berapa.Next station ke kaunter serahan dokumen seperti apa yang telah tertera di surat tawaran temuduga.Next prosuder just tunggu je dekat kerusi yang disediakan mengikut panel masing masing.
muka semua macam cicak berak kapur.Persoalan apa yang kitaorang prepare untuk tempuh temuduga tu.okey lets get started it.Sama mcam korang aku pun search dekat atok google tu pasal blogger yg tulis pengalaman pasal temuduga pinjaman pendidikan selangor ni.Siap hafal lagi tu:
1. Nama Menteri Besar
2. Nama Sultan dan Permaisuri Selangor
3. Ketua Jabatan Pendidikan Selangor (atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan)
4. Mungkin dia boleh tanya siapa Naib Canselor tempat kau belajar
5. Hal-hal berkaitan dengan kerajaan Selangor contoh macam, Selangor kan ada macam-macam program semua, so baca lah. Buka portal Selangor!
6. Daerah-daerah kat Selangor
7. Majlis-majlis bandaraya/perbandaran/daerah kat Selangor
8. Negeri-negeri kat Selangor
9. Bersedia fizikal dan mental apabila anda diberi soalan yang agak sarkastik
10.BACA JELAH SEMUA PASAL SELANGOR (HAISH).
Kesimpulannya dari aq tak tahu terus jadi tahu tentang selangor.But mines are a little bit different:
1)macam biasa Sila perkenalkan diri anda means?
i)nama,umur,tempat lahir
ii)latar belang pendidikan
iii)pencapaian tertinggi
iv)family
2)Boleh awak ceritakan tentang isu semasa yang menarik perhatian awak kebelakangan ini
fuhh relax nasib baik da standby skema jawapan dalam otak.so boleyla la balas serangan penemuduga tu.(p/s) temuduga secara individu dan seorang ja panel dia.
3)Apakah rancangan awak selepas menamatkan pembelajaran di ukm(dimana,dan mengapa)
zaaappp okey yang ni pun memang dah dijangka akan tanya so boley tepis serangan dengan baik.
(note:kena ada matlamat yang jelas mengenai hidup anda).
4)Apa pendapat awk tentang pilihan raya yang berlaku baru baru ni
bangggggg bunyi tembakan pistol tepat ke sasaran.K.O.duushh jatuh sekujur badan seorang insan yang bernama azizah ke atas lantai gelanggang tinju.Pengadil mengangkat bendera putih menandakan kekalahan ku sebagai seorang pengelak tumbukan yang handal. TING TING Si penemuduga menang.😓adoiii mana lak aq tahu.Tapi takkanla nak cakap cemtu so aku pun pusinglah ayat tu cakap yg saya tak kisah parti mana pun yang menang asalkan matlamat mereka untuk memajukan malaysia maka si penemuduga membalas
awak tahu tak siapa yang bertanding sebenarnya?
sekali lagi im trap😱😹okey admit maaf puan saya tak tahu.
5)Pada pendapat awak wajarkah umur mengundi diturunkan?dan beritahu kenapa awak berfikiran begitu?
ini memang tak prepare lol 😹 so jawab ja but tunjukkan yang pilihan yang kau buat tu bersebab dan kuatkan pegangan figthing.
sekian sahaja coretan untuk kali ni the point is be prepare"if u failed to plan,u plan to fail"
maaf jika tersalah fakta mahupun terkasar bahasa niat dihati hanya untuk bergurau senda
yaaaaaaa datang ni okey geng gerak lu mak mintak tolong pi kedai sat bubye🙋
Comments
Post a Comment